SUARA PEMBACA

Kementerian Kerjaraya dan Kementerian Komunikasi akan giat usaha tambah baik liputan internet di lebuhraya

Kementerian Kerjaraya dan Kementerian Komunikasi akan mempergiatkan usaha menambah baik liputan telekomunikasi dan internet di lebuh raya.

Buat masa ini liputan internet terputus-putus, panggilan terhenti separuh jalan adalah realiti yang sering dihadapi pengguna lebuh raya.

Setakat ini, kira-kira 50km jajaran lebuh raya telah dikenal pasti tidak mendapat liputan telekomunikasi, termasuk di beberapa bahagian Lebuhraya PLUS,Lebuhraya Pantai Barat (WCE) dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

Menteri Kerjaraya Alexander Nanta Linggi beritahu demikian dalam hantaran di laman facebooknya setelah adakan mesyuarat khas dengan Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil bersama agensi berkaitan iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)

Katanya antara keputusan yang dicapai ialah :

Penubuhan Pasukan Petugas Khas (Special Task Force) LLM-MCMC untuk menyelaras pelan tindakan secara menyeluruh.

Kenal pasti lokasi kritikal drop call dan teliti keperluan pemasangan infrastruktur telekomunikasi.

Konsesi lebuh raya akan turut digerakkan dalam pelaksanaan solusi jangka pendek dan Panjang.

LLM Wilayah dan MCMC Negeri telah turun padang untuk semakan tapak dan kemudahan bekalan kuasa bagi pemasangan infrastruktur sokongan.

Katanya,”Saya turut mencadangkan agar MCMC terlibat secara langsung membantu menangani gangguan frekuensi dan menyokong keperluan teknikal untuk pelaksanaan sistem Multi-Lane Free Flow (MLFF) kelak.

“Isu ini tidak boleh dipandang ringan. Dalam dunia serba digital, akses kepada rangkaian internet dan telekomunikasi bukan lagi satu kemewahan, tetapi keperluan asas – termasuk ketika berada di atas lebuh raya.

“Komitmen kita jelas bukan sahaja membina jalan raya, tapi juga memastikan rakyat sentiasa terhubung dengan lancar dan selamat,”kata Alexander.- 29/7/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button