Home / KOLUMNIS / PM “endorse” kesederhanaan Ahmad Samsuri….

PM “endorse” kesederhanaan Ahmad Samsuri….

  1. Pada 1 Disember, media massa memetik Dr Mahathir Mohamad sebagai berkata, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkelayakan untuk dilantik sebagai perdana menteri masa depan.
  2. Pada 2 Disember, Menteri Besar Terengganu itu menang besar dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kemaman bagi pihak PN-Pas dengan mengalahkan BN-Umno.
  3. Perlembagaan kata, sebagai Ahli Parlimen beliau layak jadi Perdana Menteri jika mendapat kepercayaan ahli dewan. Tapi sekarang kita sudah ada Perdana Menteri.
  4. Hari ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim pula “endorse” Ahmad Samsuri. Beliau kata, kemenangan Ahmad Samsuri akan meredakan suhu politik negara memandangkan imejnya yang sederhana berbanding sikap pimpinan Pas yang jauh lebih ekstrem.
  5. Perdana Menteri berkata: “Dari segi negara, dia akan memberikan sekurang-kurangnya sedikit kelegaan kerana imej (Ahmad Samsuri) yang sederhana… Mudah-mudahan dapat meredakan suhu politik yang terlalu panas.”

Sekian. Terima kasih.- A Kadir Jasin -5/12/2023

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *