
Inti pati Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13)
Berikut antara inti pati ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) 2026-2030 bertemakan Melakar Semula Pembangunan di Dewan Rakyat hari ini.
Presiden Amerika Syarikat Donald J Trump memutuskan untuk menyemak semula kadar tarif yang akan dikenakan ke atas Malaysia selewat-lewatnya esok.
Presiden Amerika Syarikat Donald J. Trump mengesahkan akan hadir ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di Kuala Lumpur pada Oktober ini.
RMK13 akan menumpukan kepada tiga kebijakan utama iaitu:
Pertama – Tatakelola baik. Kerajaan Madani meneruskan usaha memperkukuh integriti dan akauntabiliti, mempertingkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam serta memantapkan pengurusan fiskal.
Kedua – Meningkatkan kerencaman ekonomi secara menyeluruh kepada penciptaan nilai dalam semua sektor ekonomi.
Ketiga – Pembangunan yang terangkum dan responsif dengan keutamaan untuk menaikkan lantai dan darjat kehidupan rakyat.
Dalam tempoh RMK13, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar disasarkan antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus setahun, diterajui oleh permintaan domestik, terutama penggunaan dan pelaburan swasta.
Bagi menjayakan RMK13, pelaburan sebanyak RM611 bilion perlu disediakan.
Sektor pendidikan menerima RM67 bilion, manakala sektor kesihatan diperuntukkan RM40 bilion.
RM51 bilion diperuntukan untuk sektor keselamatan manakala sektor pentadbiran akan menerima RM17 bilion.
Penambahbaikan tatakelola ditumpukan kepada tiga aspek iaitu menginstitusikan kerajaan yang cekap dan berkesan, menyediakan perkhidmatan berpaksikan rakyat serta memastikan kekuatan fiskal dan impak perbelanjaan negara sampai kepada golongan sasar.
Kerajaan Madani komited memperkukuh ekosistem tadbir urus melalui reformasi perundangan dan institusi termasuk Parlimen, pengukuhan mekanisme pemantauan dan penerapan nilai integriti.
Pembaharuan menyeluruh akan dilaksanakan melalui penguatkuasaan Akta Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 dengan keutamaan kepada usaha mengurangkan beban kawal selia.
- Bernama -31/7/2025