TAHUKAH ANDA

Bekas MP lancar petisyen awam sokongan PM Anwar terima Hadiah Keamanan Nobel 2025

Bekas ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff melancarkam kempen di laman sesawang Change.org untuk petisyen awam mengatakan sokongan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai penerima Hadiah Keamanan Nobel 2025 atas perana beliau mendamaikan perang lima hari antara Thailand dan Kemboja.

Yusmadi yang merupakan seorang peguam, juga penulis buku Anwar Ibrahim: Global Justice and Peace Through Dialogue memulakan pestisen tersebut pada 31 Julai lalu dan mendapat lebih 500 sokongan dalam masa 12 jam.

Konflik antara Kemboja dan Thailand yang tercetus pada penghujung Julai lalu sememangnya mengejutkan kerana tentera kedua-dua negara tersebut menggunakan kekerasan cukup hebat.

Selain mengerah anggota tentera di beberapa lokasi sekitar sempadan, ketegangan itu diburukkan dengan penggunaan jentera ketenteraan sehingga mengorbankan 46 nyawa, termasuk 24 orang awam.

Enggan melihat situasi tersebut memburuk, Anwar tampil menjadi orang tengah dalam usaha kedua-dua negara tersebut mencapai keamanan.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi ASEAN tampil menjemput wakil dari Kemboja dan Thailand ke majlis rundingan yang berlangsung di Putrajaya pada Isnin.

Selepas proses perbincangan tersebut, Anwar mengumumkan gencatan senjata berjaya dipersetujui antara kedua-dua pihak dalam usaha mencapai keamanan dan mengakhiri konflik berkenaan.

Meskipun laporan menyatakan salah satu pihak melanggar arahan terbabit, usaha ditunjukkan Perdana Menteri untuk mengelak ketegangan tersebut berlarutan wajar menerima pengiktirafan.

Malah, beberapa pihak tampil melontarkan cadangan supaya beliau menerima Hadiah Keamanan Nobel 2025 atas peranan menamatkan konflik antara Thailand dan Kemboja.

Untuk rekod, hanya dua rakyat tempatan pernah meraih Hadiah Keamanan Nobel iaitu Leftenan Kolonel Mohd Nasarudin Yusof pada 2013 serta Datuk Dr Ronald McCoy yang dianugerahkan empat tahun kemudian.-2/8/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button