FOKUS

Ini Kerajaan MADANI saja berani buat…- PM

“Perbelanjaan untuk Bumiputera adalah antara yang tertinggi diperuntukkan kerajaan dalam Rancangan Malaysia ke 13 (RMK13).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan demikian pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat,Selasa sebagai menjawab dakwaan pembangkang.

Katanya RM13 harus ditelaah oleh semua pihak.

“Jika tidak, (didakwa peruntukan) untuk Kampung Baru Cina kita beri, tapi Bumiputera tidak ada. Maknanya, (orang yang dakwa itu) belum baca (dokumen RMK13).

“Jika baca, langkah Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) itu, perbelanjaan untuk Bumiputera adalah antara yang tertinggi, termasuk rizab Melayu di Bandar Malaysia. Belum pernah sejak merdeka.

“Ini Kerajaan MADANI saja berani buat. Sebelum ini tiada, walaupun (pembangkang) uar-uarkan mengenai Melayu, bukan main bunyi berdentum dentam,” katanya.

RMK13 yang dibentangkan minggu lalu masih memberi tumpuan kepada pembangunan bumiputera, tidak seperti yang didakwa pembangkang.

Perdana Menteri menyifatkan dakwaan pembangkang kononnya kerajaan tidak membela bumiputera membuktikan bahawa gabungan itu tidak membaca dokumen RM13 yang dibekalkan kepada mereka.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, hal itu dapat dilihat menerusi PuTERA35 yang digariskan di bawah RMK13 yang menjadi contoh perbelanjaan disediakan kerajaan untuk bumiputera.

Semalam, ketika mencelah perbahasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Datuk Awang Solahuddin Hashim (PN-Pendang) mendakwa RMK13 yang dibentangkan Perdana Menteri Jumaat lalu tidak memberi tumpuan kepada pembangunan untuk Bumiputera, sebaliknya memberi perhatian kepada perkampungan baharu Cina.

Di bawah RMK13, PuTERA35 antara lain akan memberi tumpuan kepada strategi 3P iaitu penyertaan yang meluas, pemilikan yang bermakna dan penguasaan dalam sektor strategik.

Tumpuan juga akan terus diberikan dalam mempersiapkan syarikat Bumiputera untuk disenarai di Bursa Malaysia, antaranya melalui perlumbaan ‘relay’ yang bertujuan mengupayakan dan meramaikan usahawan Bumiputera seawal peringkat syarikat mula niaga hinggalah muncul sebagai syarikat tersenarai.- 5/8/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button