
Himpunan tuntut kebenaran dan keadilan bagi Zara Qairina
Ini pertama kali satu senario seperti ini pernah berlaku.
Dari rasa simpati dan hasrat untuk menuntut kebenaran serta keadilan keatas kejadian trajis yang menimpa pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir yang ‘jatuh’ dari tingkat tiga bangunan asrama sekolahnya di Papar pada 16 Julai lalu telah mencetuskan gelombangan himpunan rakyat.
Ribuan orang berhimpun di Sandakan,Tawau dan Lahad Datuk Jumaat malam sebagai tanda solidariti pada Allahyarham yang berasal dari Sipitang ini.
Kalangan para peserta himpunan menegaskan apa yang mereka mahu cuma kebenaran atas kejadian yang menimpa Zara Qairina.
Mereka antara lain turut melaungkan slogan menuntut keadilan selain menyatakan harapan agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat dalam insiden yang mengorbankan pelajar itu.

Kebelakangan ini berlegar pelbagai spekulasi tentang punca kejadian.
Antara paling hangat dikatakan Allahyarham jadi mangsa dibuli.
Pihak Jabatan Peguam Negara (AGC) pada Jumaat telah keluarkan arahan gali semula jenazah Allahyarham untuk siasatan lanjut keatasnya.- 8/8/2025