TAHUKAH ANDA

Masjid, surau bawah JAKIM, JAWI diarah buat solat hajat untuk Zara

Semua masjid dan surau bawah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diarahkan untuk mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin buat Allahyarham Zara Qairina pada esok, selepas solat Maghrib.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, arahan itu sebahagian daripada usaha kerajaan memperkukuh solidariti dan semangat kebersamaan umat Islam.

“Di samping itu, marilah kita memohon rahmat dan keampunan Allah Subhanahu Wa Ta’ala serta mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, beliau menyeru umat Islam khususnya di kawasan Wilayah Persekutuan untuk hadir dan menyertai majlis berkenaan di masjid atau surau masing-masing.

“Semoga doa yang dipanjatkan secara berjemaah itu dapat memberi ketenangan kepada ahli keluarga dan menjadi bekalan pahala buat arwah,” katanya.-13/8/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button