
Anwar jadi pendamai… atur pertemuan pemimpin GRS, BN
Bagi yang faham politik Sabah… memang angkat topi dengan skill Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi orang tengah yang mengikat Barisan Nasional (BN) dan Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Dua parti ini bertelagah kerana sebahagian besar pemimpin GRS adalah bekas pemimpin BN yang meninggalkan UMNO untuk membentuk gabungan politik baharu selepas pilihanraya negeri (PRN) Sabah yang lepas.
BN Sabah tidak menyertai gabungan GRS untuk membentuk kerajaan negeri Sabah selepas PRN tersebut.
Bagaimanapun, selepas PRU ke 15 lalu, GRS umum sokongan terbuka kepada Anwar untuk membentuk kerajaan Pusat yang turut disertai BN.

Jadi menjelanng PRN Sabah yang bakal diadakan tidak lama lagi, Anwar sekali lagi jadi orang tengah mendamaikan BN dan GRS.
Pertemuan itu disertai Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor, bersama beberapa pemimpin kanan kedua-dua parti.

Dalam hantaran di Facebook Isnin malam, Anwar menyifatkan pertemuan itu mencerminkan kematangan politik serta iltizam memperkukuh kerjasama demi kestabilan negara, khususnya dalam konteks hubungan Kerajaan Persekutuan dan Negeri Sabah.
“Saya percaya kestabilan politik adalah asas penting dalam menjayakan agenda pembangunan dan kesejahteraan rakyat.
“Kerjasama erat antara pemimpin negeri dan persekutuan amat penting bagi memastikan aspirasi rakyat dapat direalisasikan secara menyeluruh dan inklusif,” katanya.
Beliau juga berharap semangat muafakat itu akan terus menjadi asas kepada perpaduan nasional yang lebih kukuh, demi masa depan Malaysia yang progresif, adil dan sejahtera untuk semua.-19/8/2025