TAHUKAH ANDA

Anwar, PM Kemboja, Thailand bincang perkembangan gencatan senjata

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbincangan telefon dengan rakan sejawatnya dari Kemboja, Hun Manet, berhubung perkembangan terkini gencatan senjata antara Thailand dan Kemboja.

Dalam hantaran di Facebook semalam, Anwar memaklumkan perbualan itu turut menyentuh peranan Pasukan Pemerhati Sementara (IOT) yang diketuai Malaysia, dalam memantau kawasan sempadan kedua-dua negara.

“Kami turut berbincang lanjut mengenai langkah yang boleh diambil untuk memperkemas keberkesanan operasi pemantauan oleh IOT,” katanya.

Sementara itu, dalam hantaran berasingan, Anwar berkata beliau turut mengadakan perbincangan menerusi telefon mengenai isu sama dengan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtam Wechayachai.

“Dalam perbincangan tersebut, kami turut memberi penekanan selain perhatian kepada usaha pasukan IOT yang terus memantau dengan teliti keadaan di sempadan, selain meneliti beberapa ikhtiar lain yang boleh digerakkan ke arah memantapkan operasi pemantauan gencatan senjata.,” ujarnya.

Terdahulu, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar, menjelaskan bahawa pasukan IOT memainkan peranan penting dalam menyiasat ketelusan pelaksanaan gencatan senjata dan akan melaporkan hasil siasatan kepada kedua-dua negara.-20/8/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button