FOKUS

KEMASKINI : Klinik yang pasang Jalur Gemilang terbalik di Pontian diarah tutup 30 hari

Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) telah arah klinik gigi swasta yang pasang bendera Jalur Gemilang terbalik pada petang Rabu ditutup 30 hari.

Yang Dipertua (MPPn), Abd Azim Shamsuddin, berkata pemeriksaan mendapati premis berkenaan melanggar Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Perniagaan dan Perdagangan Majlis Daerah Pontian (MDP) 2019 di bawah berkaitan pengibaran bendera.

Notis tutup 30 hari itu diserah kepada pemilik premis berkenaan pada jam 8.20 pagi, hari ini.

“Setiap premis yang dilesenkan di bawah UUK diwajibkan mengibar Jalur Gemilang atau bendera negeri Johor dengan cara dan kaedah betul bagi tempoh tertentu, termasuk sempena bulan kemerdekaan.

“Tindakan penutupan dibuat mengikut UUK 49 (2) yang memberi kuasa kepada Yang Dipertua menutup mana-mana premis yang melanggar syarat lesen,” katanya.

Beliau berkata, pemilik premis boleh mengemukakan rayuan bertulis dalam tempoh penutupan namun keputusan lanjut tertakluk kepada budi bicara Yang Dipertua MPPn.- 21/8/2025

Tak sudah sudah…lagi kes pasang bendera terbalik

Sekalipun sudah riuh sakan isu bendera Jalur Gemilang dipasang terbalik termasuk kes mahkamah dihadapi Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Akmal Saleh dan Ketua Pemuda Bersatu Hilman Idham kerana isu ini…namun ada lagi yang pasang bendera terbalik.

Terbaru berlaku di sebuah klinik gigi swasta di Pontian,Johor.

Bendera negara digantung secara terbalik pada tingkap di tingkat dua.

Kejadian itu mencuri perhatian ramai pihak hingga pihak berkuasa tempatan terpaksa ambil langkah mengatasinya.

Dr Akmal yang kini berada di Makkah untuk tunai umrah telah mengulas hal berkenaan di facebooknya.

Katanya,”Selagi mana tiada satu hukuman yang berat kepada orang yang cuba memperlekehkan bendera Malaysia ini,selagi itulah perbuatan ini akan berulang

Saya nak tunggu juga apa alasan bagi kes ni dan nak tengok juga apa alasan tukang back up nanti

Bila kita tegur,kita dianggap rasis,kita dianggap mempolitikkan

Tetapi langsung tidak tahu nak menjaga perasaan sesama kita

Ini bukan soal bangsa,bukan juga soal politik

Ini soal penghormatan terhadap tanah air kita ini!!

Jangan takut,tanah air kita ini kita pertahankan.”

Sementara itu Ahli Parlimen Pontian,Datuk Ahmad Maslan dalam laman facebooknya kata kejadian pasang bendera terbalik itu berlaku tidak disengajakan.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kerjaraya kata : “Hari ini Rabu, sebelah malam & esok Khamis saya berada di Benut dan di Pontian.

” Bendera terbalik di bandar Pontian sudah dibaiki. Disebut berlaku disebabkan pekerja Klinik Gigi, iaitu seorang wanita yg silap memasang dan beliau kata tidak disengajakan.

“Doktor Gigi & pekerja wanita itu telah diambil kenyataan oleh Polis. Beberapa pihak & NGO sudah membuat laporan Polis.

“Esok Khamis, saya akan pergi berjumpa & berbincang dgn Timbalan OCPD jam 11.45 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian. Saya sudah bercakap dgn SB dan juga OCPD yg kini ada urusan
keluarga yg sakit di Kedah.

“Saya juga sudah bercakap dengan YDP Majlis Perbandaran Pontian, Setiausaha Majlis serta berhubung dengan Pegawai Daerah Pontian.

“Diharap sdra/i bertenang. Isu ini sedang ditangani. Tentunya pelbagai pihak yg berkuasa & berkaitan sedang mengambil tindakan yg sewajarnya. Kebijaksanaan bertindak adalah penting agar
perkara yg sama tidak berulang dan berulang lagi.

“Perlu diingat ini bukan soal perkauman. Ia adalah soal kepekaan, ketelitian dan semangat patriotisme. Semua kaum dan semua pihak perlu berhati-hati bila melibatkan hal-hal yg sensitif.

“Tugas pihak yang berkuasa pula adalah memastikan undang-undang sentiasa dipatuhi.”- 20/8/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button