
WOW…RM1.5 billion cuma untuk hak menganjur perlumbaan F1 saja
Kini sudah hampir lapan tahun Malaysia henti anjur perlumbaan Formula One.
Buat sementara waktu peminat tempatan boleh bermimpi saja untuk melihat kereta laju F1 berdesup depan mata seperti masa lampau.
Malaysia mula anjur perlumbaan F1 pada tahun 1999.
Namun pada 1 September 2017 ia dihentikan.
Mungkin ramai tidak tahu bukannya murah untuk anjur perlumbaan berprestij itu.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh beritahu Dewan Rakyat pada Khamis untuk anjur perlumbaan itu kerajaan kena bayar Liberty Media yang pegang hak komersial F1 sebanyak RM300 juta.
Kontrak harus antara tiga ke lima tahun dan ini melibatkan perbelanjaan RM1.5 billion.
Menurut beliau selain itu beberapa kos lain termasuk persiapan litar perlu diambil kira.
Menteri itu kata kos untuk F1 boleh digunakan untuk menampung pelbagai bidang sukan lain.
Hannah mengakui F1 adalah ‘sesuatu yang baik ada’ tetapi perbelanjaan besar untuknya boleh digunakan untuk tampung sukan lain.
Apapun beliau memberitahu kerajaan tidak tutup pintu bagi penganjuran F1 sekiranya ada pihak koprat sedia bayar yuran penganjuran. -21/8/2025