FOKUS

PM umum dana RM100 juta lagi untuk bantu Palestin

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberikan suntikan yang bermakna pada Malam Himpunan dan Selawat Malaysiaku Bersama Gaza di Dataran Merdeka Ahad malam dengan mengumumkan dana RM100 juta bagi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin yang semakin teruk menderita hadapi tekanan Israel.

Katanya dana itu adalah tambahan kepada bantuan RM100 juta yang diberikan Kerajaan MADANI dua tahun lalu yang kemudian turut disumbang syarikat dan rakyat negara ini.

Beliau menegaskan, bantuan tambahan itu amat diperlukan rakyat Palestin berikutan bekalan makanan dan perubatan yang dihantar sebelum ini tidak sampai kepada mereka, akibat sekatan dan kekejaman Israel.

Anwar kata syarikat dan rakyat Malaysia sudah membantu sebelum ini dengan pelbagai bantuan tapi berdepan dengan sekatan zionis Israel, sampai busuk dan rosak barang.

Perdana Menteri dalam pada itu menyelar sikap Israel yang terus-menerus menyekat bekalan makanan dan perubatan yang amat diperlukan rakyat Palestin.

“Apa jenis manusia ini… ini bukan manusia, ini haiwan.

“Orang lapar, mati kebuluran, bahan makanan di sempadan tidak boleh masuk. Orang sakit perlu ubat, ubatnya dipagar. Manusia paling teruk pun tidak seperti ini,”tegasnya.

“Mana pun saya pergi saya tak pernah tinggalkan saudara-saudaraku Palestin,”ujarnya.- 24/8/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button