
AI bantu wanita bisu 25 tahun kembali bersuara…
Seorang wanita Britain yang menghidap penyakit neuron motor (MND) dan kehilangan keupayaan untuk bercakap, kini kembali bersuara dengan suara asalnya kerana kecerdasan buatan (AI) serta rakaman lapan saat yang hampir tidak kedengaran daripada video lama di rumah.
Sarah Ezekiel telah disahkan menghidap penyakit tersebut pada usia 34 tahun ketika hamil anak keduanya, 25 tahun lalu.
Penyakit tersebut telah merosakkan sistem saraf beliau secara progresif serta telah melemahkan otot lidah, mulut dan tekak, menyebabkan kehilangan kemampuan untuk bercakap sepenuhnya.
Dalam tahun-tahun selepas diagnosisnya, Ezekiel dari London utara, dapat menggunakan komputer dan teknologi penjana suara untuk berkomunikasi, namun suara itu langsung tidak menyerupai suaranya yang sebenar.
Beliau juga masih meneruskan kerjayanya sebagai artis dengan menggunakan kursor komputer untuk menghasilkan karya lukisan.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pakar semakin mampu menggunakan teknologi untuk menghasilkan versi komputerisasi suara asal seseorang.
Namun, teknik itu biasanya memerlukan rakaman yang panjang dan berkualiti tinggi, dan walaupun berjaya, hasilnya sering kedengaran “sangat mendatar dan monoton,” kata Simon Poole dari syarikat komunikasi perubatan UK, Smartbox.
Hasilnya sangat hampir dengan suara asal Ezekiel, lengkap dengan loghat London.
Namun, masa, nada dan intonasi suara komputer yang digunakan itu masih lagi kedengaran seperti robot. – AFP