TAHUKAH ANDA

Himpunan Malaysia Bersama Gaza berlangsung aman, 20 ribu hadir – Polis KL

Malam Himpunan dan Selawat Malaysiaku Bersama Gaza bersempena Karnival Sumud Nusantara di Dataran Merdeka di sini, malam tadi berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, seramai 180 anggota dan pegawai polis ditugaskan mengawal keselamatan orang ramai yang menghadiri program itu.

“Setakat ini tiada laporan polis berhubung apa-apa insiden diterima, dianggarkan seramai 20,000 orang hadir ke program tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini.

Terdahulu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hadir ke program berkenaan yang menandakan acara kemuncak Karnival Sumud Nusantara 2025.

Turut hadir Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Ketua Pengarah Sumud Nusantara merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

Datuk Seri Anwar semasa berucap di program itu turut mengumumkan peruntukan tambahan RM100 juta bagi membantu rakyat Palestin di Gaza yang menghadapi krisis kemanusiaan.-25/8/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button