KEMBARA

Nak ke Indonesia… wajib isytihar ketibaan melalui aplikasi ‘All Indonesia’

Semua penumpang penerbangan antarabangsa wajib melengkapkan pengisytiharan ketibaan melalui aplikasi “All Indonesia” mulai semalam 1 September.

Buat masa ini, syarat itu terpakai kepada pengembara yang tiba di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta di Banten, Lapangan Terbang Juanda di Jawa Timur, Lapangan Terbang I Gusti Ngurah Rai di Bali serta Pelabuhan Batam di Kepulauan Riau.

Ujian pelaksanaan di semua lapangan terbang, syarikat penerbangan dan pelabuhan antarabangsa akan menyusul.

Pemangku Ketua Pengarah Imigresen, Yuldi Yusman, berkata aplikasi itu menyelaraskan proses imigresen, kastam, kesihatan dan kuarantin dalam satu borang digital.

Penumpang boleh melengkapkan pengisytiharan itu secara percuma sehingga tiga hari sebelum ketibaan.

“Dengan aplikasi ini, proses ketibaan bukan saja lebih singkat dan selamat, tetapi juga lebih mesra pengguna untuk semua penumpang, termasuk warga emas, kanak-kanak dan orang kurang upaya (OKU).”

Aplikasi itu turut mengintegrasikan pengisytiharan kastam secara elektronik (e-CD), saringan kesihatan bagi penyakit berjangkit serta membenarkan pelaporan haiwan, ikan dan produk bagi menyokong pemantauan kuarantin serta keselamatan makanan.

Yuldi menggesa pelawat asing dan rakyat Indonesia yang pulang ke tanah air menggunakan aplikasi itu, yang boleh diakses menerusi laman sesawang allindonesia.imigrasi.go.id atau muat turun di Google Play Store dan App Store.

“Aplikasi ini bukan hanya mengenai kemudahan, tetapi juga soal melindungi negara kita. Setiap data diberikan membantu memastikan keselamatan, kesihatan dan integriti sempadan kita.”-2/9/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button