YANG VIRAL

Siti tersanjung dipilih Kementerian Komunikasi nyanyi lagu Hari Kebangsaan

Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur dan terharu apabila diberi kepercayaan menyanyikan lagu rasmi Hari Kebangsaan 2025.

Menurut Siti, tawaran itu sesuatu yang tidak pernah dijangka sepanjang lebih tiga dekad beliau berada dalam industri seni.

“Pada usia 46 tahun dan selepas 30 tahun dalam industri muzik, saya tidak pernah menyangka akan menerima tawaran menyanyikan lagu Hari Kebangsaan 2025.

“Saya menerimanya dengan rendah hati kerana lagu-lagu sebegini sangat dekat dengan jiwa dan portfolio karier saya,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Siti turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Komunikasi kerana memberi peluang itu, selain komposer Affan Mazlan yang disifatkan berjaya menghidupkan semula nostalgia lagu patriotik.

“Saya bersyukur menjadi anak Malaysia.

Melihat seluruh bangsa bersatu adalah lambang keunikan dan keistimewaan negara ini, dan kita harus memelihara keharmonian ini selama-lamanya,” katanya.-2/9/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button