SUARA PEMBACA

PBB ‘bersuara’ selepas enam mati akibat demo di Indonesia

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa siasatan berhubung dakwaan tindakan keterlaluan oleh pihak berkuasa, selepas enam orang terkorban dalam siri rusuhan di seluruh Indonesia yang tercetus akibat kemarahan terhadap pengumuman elaun mewah untuk ahli parlimen (Dewan Perwakilan Rakyat-DPR) republik itu.

Jurucakap Pejabat Hak Asasi Manusia PBB, Ravina Shamdasani berkata, pihaknya memantau rapi keganasan yang berlaku susulan bantahan besar-besaran berhubung isu elaun parlimen, langkah penjimatan serta dakwaan penggunaan kekerasan berlebihan oleh pasukan keselamatan.

“Kami menekankan kepentingan dialog untuk menangani kebimbangan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, Pejabat Hak Asasi PBB menggesa siasatan segera, menyeluruh dan telus terhadap semua dakwaan pelanggaran undang-undang hak asasi manusia antarabangsa, termasuk penggunaan kekerasan.

Beliau turut menegaskan semua pasukan keselamatan, termasuk tentera yang dikerahkan bagi tugas penguatkuasaan undang-undang, mesti mematuhi prinsip asas penggunaan kekerasan dan senjata api oleh polis.

“Pihak berkuasa perlu menghormati hak untuk berhimpun secara aman dan kebebasan bersuara sambil mengekalkan ketenteraman, selaras dengan norma dan piawaian antarabangsa dalam konteks mengawal perhimpunan awam,” jelasnya.

Shamdasani turut menekankan kepentingan membenarkan media melaporkan insiden yang berlaku secara bebas dan tidak berat sebelah.-2/9/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button