TAHUKAH ANDA

Kerajaan siasat aduan kenaikan harga barang berikutan SARA – Amir Hamzah

Kerajaan siasat aduan orang ramai berikutan segelintir peniaga yang didakwa menaikkan harga susulan pelaksanaan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, siasatan boleh dijalankan bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan kerajaan tidak akan berkompromi terhadap pihak yang cuba menjejaskan manfaat rakyat.

“Kerajaan akan menyiasat aduan berhubung kenaikan harga barang.

Pada masa sama, kami menghargai inisiatif pasar raya dan kedai runcit yang menawarkan harga istimewa kepada penerima manfaat,” katanya.

Orang ramai digesa membuat aduan rasmi kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui portal e-Aduan di https://eaduan.kpdn.gov.my/, WhatsApp 019-848 8000 atau talian bebas tol 1-800-886-800.

Sementara itu, sejak pemberian SARA mulai 31 Ogos lalu, lebih 11.8 juta rakyat telah membeli barangan keperluan asas dengan jumlah perbelanjaan mencecah RM745.7 juta di seluruh negara.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, kadar transaksi berjaya kekal stabil pada 99.9 peratus selama dua hari berturut-turut hasil penambahbaikan dan peluasan kapasiti sistem pada minggu pertama.-8/9/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button