Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
PM hulur sumbangan kepada anggota PDRM hidap diabetes - X-press Malaysia
Home / TAHUKAH ANDA / PM hulur sumbangan kepada anggota PDRM hidap diabetes

PM hulur sumbangan kepada anggota PDRM hidap diabetes

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sarjan Yasotharan Nadaraja yang menghidap diabetes kronik.

Sumbangan berbentuk tunai dan bakul makanan itu disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi ketika menziarahi Yasotharan di kediamannya di Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.

Ahmad Farhan berkata, pemberian tersebut sebagai tanda penghargaan terhadap pengorbanan Yasotharan yang masih berkhidmat dalam pasukan polis meskipun diuji dengan masalah kesihatan serius.

“Di balik seragam biru yang sering kita lihat menjaga keamanan, tersimpan kisah pengorbanan yang jarang terungkap.

“Beliau terlantar akibat diabetes kronik yang menyebabkan kaki terpaksa dipotong, selain perlu menjalani rawatan dialisis berkala dan kini berdepan pula dengan masalah penglihatan.

“Hati saya tersentuh saat melihat keadaan seorang anggota polis yang pernah gagah berdiri menjaga keselamatan rakyat, kini terbaring mengharungi ujian yang begitu berat,” katanya dalam hantaran di Facebook yang turut dikongsikan Perdana Menteri hari ini.

Ahmad Farhan turut mendoakan agar Yasotharan diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menghadapi dugaan tersebut.

“Sesungguhnya, jasa insan seperti beliaulah yang menjadi tiang kepada keamanan negara kita,” katanya.-9/9/2025

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *