Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
35 kematian akibat penyakit TB di Kelantan dalam masa tujuh bulan - X-press Malaysia
Home / YANG VIRAL / 35 kematian akibat penyakit TB di Kelantan dalam masa tujuh bulan

35 kematian akibat penyakit TB di Kelantan dalam masa tujuh bulan

Sebanyak 35 kematian akibat penyakit Tuberkulosis (TB) dicatatkan di Kelantan sejak Januari hingga Julai tahun ini, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin.

Beliau berkata sebanyak 636 kes TB dilaporkan dari Januari hingga Julai tahun ini dengan Kota Bharu kekal di kedudukan pertama iaitu 178 kes, diikuti Pasir Mas (80) dan Tumpat (75).

“Sehingga Julai 2025, sebanyak 14 wabak TB dikesan melibatkan tujuh daerah, dengan Kota Bharu merekodkan bilangan wabak tertinggi.

“Kebanyakan wabak melibatkan isi rumah, dengan purata dua kes dalam kalangan kontak rapat kepada kes indeks,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata golongan berisiko di Kelantan kebanyakannya warga emas berusia 65 tahun ke atas, berbangsa Melayu serta mempunyai penyakit bersama seperti diabetes dan tabiat merokok.

“Bagi membendung penularan, JKNK melaksanakan pelbagai langkah antaranya promosi kesedaran mengenai pencegahan, pemeriksaan segera kepada individu yang mengalami gejala batuk berpanjangan serta saringan golongan berisiko tinggi menggunakan teknologi diagnostik terkini.

“Pemantauan rawatan turut diperkukuh bagi memastikan pesakit mematuhi terapi di samping meningkatkan kapasiti petugas kesihatan dalam pengurusan TB yang berkesan,” katanya.

Beliau berkata sepanjang 2024, sebanyak 1,049 kes dicatatkan dengan 99 kematian.-9/9/2025

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *