TAHUKAH ANDA

Hukuman khidmat masyarakat untuk kesalahan buang sampah diluluskan

Awas… selepas ini jika anda ditangkap kerana membuang sampah di tempat awam, anda diwajibkan menjalani khidmat masyarakat tidak lebih 12 jam dengan memakai jaket khas.

Tiga Rang Undang-Undang (RUU) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) diluluskan Dewan Negara pada Isnin, termasuk pindaan yang memperkenalkan hukuman khidmat masyarakat bagi kesalahan membuang sampah di tempat awam.

RUU berkenaan ialah RUU Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Pindaan) 2025, RUU Jalan, Parit dan Bangunan (Pindaan) 2025 serta RUU Kerajaan Tempatan (Pindaan) 2025.

Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu, berkata pindaan kepada RUU Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam antaranya mewujudkan Subseksyen 77B(1) yang memberi kuasa kepada mahkamah mengenakan perintah khidmat masyarakat sebagai hukuman tambahan.

“Pindaan ini bagi menangani kesalahan pembuangan sampah kecil seperti puntung rokok, tisu, plastik, tin minuman dan pembungkus makanan yang sering berlaku di tempat awam. Rekod kutipan sampah jelas menunjukkan pengenaan denda sahaja tidak lagi berkesan sebagai pencegahan,” katanya.

Pindaan itu dilihat selari dengan matlamat kerajaan mewujudkan persekitaran negara yang lebih bersih, kondusif dan sejahtera demi kesejahteraan rakyat Malaysia.-9/9/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button