KEMBARA

Muzium Feri Terapung di Pulau Pinang dibuka mulai 16 September

Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia pada bulan ini, Pulau Pinang mengumumkan Muzium Feri Terapung akan dibuka secara rasminya pada 16 September ini kepada orang ramai.

Pengarah Muzium Feri Pulau Pinang, Abdul Hadi Abu Osman berkata,kerja pemulihan dimulakan pada tahun 2022 dan projek siap pada 2024.

“Walaupun berlaku insiden teknikal yang menyebabkan feri tenggelam selepas restorasi, kami berjaya menyelamatkannya dalam tempoh dua minggu dan meneruskan projek sehingga siap pada 2024.

“Kos pemulihan asal dianggarkan RM7 juta, namun meningkat kepada RM10 juta iaitu kos tambahan selepas insiden itu,” katanya selepas lawatan khas media ke muzium berkenaan.

Antara artifak dipamerkan ialah komponen dan bahan asal feri termasuk ada yang sudah dilupuskan atau tenggelam, namun berjaya diselamatkan semasa proses baik pulih.

Sepanjang tempoh percubaan bermula 30 Ogos lalu, pengunjung dibenarkan melawat muzium unik itu khususnya kepada pemegang tiket awal yang diperkenalkan melalui siri jelajah sejak tiga bulan lepas.

150 pengunjung dibenarkan pada satu-satu masa dan beroperasi setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 10 malam.

Secara menyeluruh, pengurusan muzium menjelaskan sekitar 150 pengunjung dibenarkan pada satu-satu masa dan beroperasi setiap hari dari jam 9 pagi hingga jam 10 malam. Pembelian tiket secara dalam talian kini boleh dibuat sejak 8 September 2025 di laman web rasmi Penang Ferry Museum, manakala pembelian terus (walk-in) telahpun dibuka.

Dengan akses ini, ia tidak sekadar meluaskan lagi pengetahuan sejarah bersama penduduk tempatan, tetapi turut akan menjadi tarikan baharu Malaysia bersama pelancong antarabangsa berikutan ia merupakan muzium feri penumpang pertama seumpamanya di dunia.

Mengikut perincian pengurusan muzium terdapat 9 zon pameran tersedia, ini merangkumi:

  • Galeri Sejarah – Koleksi dokumentasi, gambar lama dan kisah perjalanan lebih 100 tahun perkhidmatan feri.
  • Galeri Replika – Model feri berskala, Diorama Pangkalan Sultan Abdul Halim Runtuh
  • Koleksi Feri – Bahagian asal feri termasuk kerusi penumpang, stereng dan peralatan nautika.
  • Bilik Tayangan – Sejarah perkhidmatan feri Pulau Pinang.
  • Bilik Enjin – Bahagian enjin feri sebenar untuk tatapan lebih dekat (akses eksklusif VIP).
  • Lorong Kenangan – Foto nostalgia, tiket lama dan sebagainya
  • Ruang Aktiviti – Zon interaktif untuk pelajar, keluarga dan aktiviti pendidikan.
  • Diorama – Miniatur suasana jeti dan operasi feri suatu ketika dahulu.
  • Navigation Deck / Rooftop Café – Ruang pemandangan dengan simulasi pengalaman mengendalikan feri serta kafe dengan panorama laut
    •Galeri Seni – Pameran lukisan daripada artis artis tempatan

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button