FOKUS

Pesanan PM sempena sempena Hari Malaysia 2025…

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu krisis tindak tanduk Israel terhadap Palestin jadi pengajaran bagaimana perlunya  mengenepikan sebarang unsur yang boleh menjejaskan keutuhan sesebuah negara.

“Apa yang saya saksikan, kekuatan dunia Islam dan Arab masih sukar menandingi kekuatan Israel. Inilah pengajaran penting bahawa sebuah negara merdeka mesti berpadu tanpa mengira kaum, agama mahupun wilayah.”

“Sikap pelampau sama ada bersifat perkauman, fanatik agama atau fahaman wilayah sempit mesti dibanteras untuk menjamin kelapangan hidup rakyat dalam sebuah negara yang berdaulat,” katanya.

Beliau berucap pada Sambutan Hari Malaysia 2025 di Pusat Konvensyen PICCA Arena Butterworth pada Selasa.

Anwar baru pulang dari Doha,Qatar selepas Sidang Darurat Negara-Negara Islam dan Arab di situ.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof; Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow; Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas mewakili Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Shahelmey Yahya mewakili Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Dalam pada itu, Anwar turut menegaskan cabaran utama kepimpinan negara adalah memastikan ekonomi terus melonjak melalui tatakelola yang baik.

“Kesilapan penjajah dahulu yang menyebabkan negara miskin dan diperkotak-katikkan tidak boleh berulang.

“Agenda pembaruan ekonomi mesti berjalan lebih lancar dan gagah bagi menjamin keselesaan semua rakyat,” jelasnya.

Beliau menzahirkan kesyukuran kerana Malaysia berada dalam keadaan stabil dan selamat berbanding apa yang berlaku di rantau lain.-16/9/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button