TAHUKAH ANDA

Tuisyen ‘online’ percuma untuk pelajar mangsa banjir di Sabah

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menawarkan kelas tuisyen atas talian secara percuma untuk semua pelajar sekolah menengah Sabah yang terjejas akibat banjir di negeri itu.

Menurut Ketua Pejabat NADI Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Mohd Arif Adenan berkata, program di bawah inisiatif Digital Learning dan juga e-Kelas itu banyak membantu pelajar khususnya kumpulan B40 mendapatkan akses kelas tambahan percuma yang sebelum ini sukar diperoleh.

“Untuk melahirkan masyarakat yang inovatif, maka pendidikan adalah satu elemen yang kita tidak boleh kesampingkan daripada pihak sekolah sendiri hingga ke universiti dan sebagainya.

“Jadi, apa yang dilaksanakan NADI, kita telah adakan program tuisyen percuma,” ujarnya.

Program tersebut melibatkan pelajar Tingkatan 1 hingga 6 yang kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sabah.

“Pelajar boleh hadir ke pusat NADI berhampiran untuk menyertai kelas tuisyen atas talian percuma, melayari internet serta mengikuti Program Perkhidmatan Pintar NADI yang disediakan,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, terdapat beberapa subjek yang ditawarkan termasuk Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik, Bahasa Inggeris, Sains serta Pengajian Am.

Difahamkan, program tersebut berlangsung bermula 18 September hingga 26 September.

Sebelum ini, media melaporkan sebanyak 42,000 pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara telah menikmati manfaat tuisyen digital percuma yang ditawarkan oleh Nadi Malaysia sejak ia diperkenalkan September lepas.-19/9/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button