FOKUS

Kerajaan lawan saman RM353 juta difailkan Aerotree Defence

Kerajaan menegaskan akan melawan tindakan saman yang difailkan sebuah syarikat pertahanan tempatan, Aerotree Defence and Services Sdn Bhd berjumlah RM353 juta.

Isu itu melibatkan pembatalan sewaan lima tahun melibatkan empat helikopter Blackhawk UH-60A buatan Amerika Syarikat (AS).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata sesiapa pun boleh menyaman kerajaan dan kerajaan akan melawannya.

“Mereka boleh mengambil tindakan saman terhadap kerajaan dan sudah tentu kerajaan akan mempertahankan diri serta melawan,” kata Datuk Seri Mohammed Khaled, pada Sabtu.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival CIMIC 2025 sempena sambutan Hari ATM ke-92 di Pangkalan Udara Kuantan.

Terdahulu, saman yang difailkan melalui firma guaman Messrs Hafarizam, Wan Aisha & Mubarak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Saman tersebut turut menamakan Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Ketua Setiausahanya sebagai defendan.

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button