FOKUS

Ini adalah kebetulan yang menarik…Anwar terima panggilan telefon Presiden Trump

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis menerima panggilan telefon dari Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di pejabatnya di Putrajaya ketika sedang menerima kunjungan hormat Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR), Jamieson Greer dan rombongannya.

Menerusi laman facebooknya beliau menulis :

Dalam perbualan telefon bersama Presiden Donald Trump sebentar tadi, saya tegaskan komitmen Malaysia selaku Pengerusi ASEAN untuk terus memainkan peranan proaktif dalam memastikan keamanan serantau, khususnya terkait isu Kemboja–Thailand.

Presiden Trump mengiktiraf kejayaan Malaysia memudah cara perjanjian gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand sebagai pencapaian besar yang memperlihatkan kewibawaan Malaysia dan keteguhan ASEAN.

Saya turut sampaikan penghargaan kepada beliau atas peranan yang dimainkan oleh Amerika Syarikat dalam memastikan gencatan senjata tersebut tercapai.

Malaysia menantikan kehadiran Presiden Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN bulan depan, yang akan menjadi platform penting untuk mengukuhkan kerjasama demi keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau.

Perbualan telefon ini berlangsung ketika saya menerima kunjungan hormat Jamieson Greer, Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR), yang kini berada di Malaysia sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-57 dan Mesyuarat Berkaitan.- 25/9/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button