TAHUKAH ANDA

Fahmi ucap takziah atas pemergian pengarah filem Ejen Ali

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga pengarah filem animasi Ejen Ali, Andi Abdul Ghani Kadir yang meninggal dunia pagi Rabu.

Fahmi menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada industri kreatif tanah air.

“Takziah kepada keluarga Allahyarham Andi Abdul Ghani Kadir, pengarah filem animasi Ejen Ali yang telah kembali ke Rahmatullah. Pemergian beliau merupakan kehilangan besar buat industri kreatif tanah air.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan orang beriman,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Baca artikel lain: Flotilla: Semua masjid seliaan Jakim diarah laksanakan solat hajat esok

Semalam, Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintenden D Ravi berkata, kereta jenis Perodua Ativa yang dinaiki mangsa bersama isterinya sedang dalam perjalanan dari Tawau ke Kota Kinabalu.

Bagaimanapun, kenderaan itu yang dipandu isteri Allahyarham dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan dan pengarah filem tersebut keluar daripada kereta dan terjun ke dalam Sungai Kampung Batu Puteh.

Mayat Andi Abdul ditemukan pada 11.15 pagi Rabu.-26/9/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button