Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
Penggunaan MyKad tebus SARA berkesan… 13 juta dah belanja lebih RM1 bilion - X-press Malaysia
Home / TAHUKAH ANDA / Penggunaan MyKad tebus SARA berkesan… 13 juta dah belanja lebih RM1 bilion

Penggunaan MyKad tebus SARA berkesan… 13 juta dah belanja lebih RM1 bilion

Tahukah anda… sejak diperkenalkan hujung Ogos lalu, hampir 13 juta warga Malaysia yang layak telah menebus bantuan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) untuk membeli barangan keperluan membabitkan perbelanjaan berjumlah RM1 bilion.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, inisiatif itu sangat membantu kumpulan isi rumah B40, terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Di Sabah, lebih 98 peratus daripada 1.2 juta penerima yang layak telah menggunakan Sara untuk membeli barangan keperluan, manakala di Labuan, 65% daripada hampir 50,000 penerima menebus RM100 mereka.

Amir Hamzah turut menolak dakwaan penggunaan MyKad untuk menikmati bantuan itu menyukarkan warga emas atau penduduk luar bandar.

“Ini terbukti dengan kadar penebusan di negeri seperti Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak antara tertinggi di seluruh negara,” katanya selepas melawat peruncit menyertai program Sara di Labuan, semalam.

Skim itu menurut beliau, turut memanfaatkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang menikmati jualan lebih kukuh susulan peningkatan kuasa membeli penerima.

“Jumlah kedai runcit yang menyertai Sara meningkat daripada 7,300 pada awal tahun kepada lebih 8,100 (ketika ini) di seluruh negara.”

Jelasnya, hampir sembilan juta warga Malaysia layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), manakala liputan Sara diperluas kepada 5.4 juta penerima mulai 1 April lalu, iaitu hampir lapan kali ganda daripada 700,000 penerima terdahulu.

Di bawah Sara, penerima dibenar menebus pelbagai jenis barangan keperluan, termasuk makanan ruji seperti beras, roti dan telur; keperluan memasak (minyak masak, tepung) barangan dalam tin dan mi segera, produk kebersihan diri (sabun, ubat gigi, tuala wanita), produk pembersihan rumah, ubat-ubatan, alat tulis dan pakaian seragam.

“Kategori ini memastikan keluarga bukan saja memenuhi keperluan pemakanan harian mereka, tetapi juga akses kepada barangan keperluan isi rumah pada harga berpatutan,” katanya.-29/9/2025

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *