TAHUKAH ANDA

USM dinobat universiti nombor satu dunia menerusi tiga SDG – Kementerian Pengajian Tinggi

Universiti Sains Malaysia (USM) mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai universiti nombor satu dunia dalam tiga Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) berdasarkan Times Higher Education (THE) Impact Rankings.

Menurut Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tiga SDG yang diterajui USM ialah tiada kemiskinan, keamanan, keadilan, dan institusi teguh serta kerjasama demi matlamat.

“SGD 1 menekankan usaha menghapuskan kemiskinan dalam semua bentuk melalui program pembangunan komuniti, bantuan pendidikan dan peluang sosioekonomi yang lebih adil.

“Manakala SDG 16 berkaiatan keamanan, keadilan dan institution teguh yang turut difokuskan USM memberi fokus kepada tadbir urus telus, pengukuhan integriti serta pembinaan masyarakat yang aman dan inklusif,” jelas KPT menerusi kenyataan media.

Bagi SDG ketiga diterajui oleh USM iaitu kerjasama demi matlamat, ia menekankan jaringan kerjasama strategik antara universiti, kerajaan, industri dan masyarakat global bagi mencapai pembangunan mampan secara menyeluruh, tambah kenyataan itu.

“Penarafan berkenaan melibatkan 2,526 universiti global dengan USM turut meraih kedudukan ke-14 terbaik dunia secara keseluruhan, sekali gus membuktikan kemampuan institusi pendidikan tinggi negara memberi impak di peringkat antarabangsa,” tambah KPT.

Sementara itu Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd. Kadir menyifatkan pencapaian itu sebagai kebanggaan buat Malaysia, seiring usaha memperkukuh ekosistem pendidikan tinggi berteraskan nilai MADANI.-29/9/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button