FOKUS

Masih belum boleh laksana caj kenderaan masuk kota – PM

Cadangan untuk mengenakan caj terhadap kenderaan yang memasuki kawasan kota bagi mengurangkan kesesakan lalulintas sudah kedengaran ‘tenggelam timbul’ sejak sekian lama masa pentabiran kerajaan dulu.

Bagaimana pula dengan pendirian kerajaan sekarang?

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini beritahu pendirian kerajaan pimpinannya yang tentu jadi khabar gembira.

Beliau menegaskan caj berkenaan hanya boleh dilaksanakan selepas rangkaian sistem pengangkutan awam negara berada pada tahap baik dan menyeluruh.



Menurut Anwar caj itu masih tidak boleh dilaksanakan di Malaysia ketika ini kerana dilihat akan membebankan rakyat.

“Sesetengah negara mengenakan bayaran lain untuk masuk ke kota…kita tak cadangkan itu, sebab ia mungkin membebankan.

“Namun jika lingkaran pengangkutan awam adalah menyeluruh dan baik di kota besar, maka harus memikirkan perkara itu,” katanya semasa berucap merasmikan Terminal Bersepadu Gombak (TBG) dekat Kuala Lumpur.

Pada Februari lalu, kerajaan dilaporkan mengkaji keberkesanan caj kesesakan bagi mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di ibu negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, dilaporkan berkata kajian itu antara lain bagi menilai keberkesanan mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya dan meningkatkan sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur.

TBG, terminal moden bernilai RM307.4 juta ini menjadi hab pengangkutan darat utama yang menghubungkan bas ekspres, projek transit aliran ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya, dan bakal berintegrasi dengan ECRL Gombak apabila siap kelak.

Sejak mula beroperasi pada 5 Mac lalu, TBG menempatkan 30 pengendali bas ekspres dengan purata 3,000 trip sebulan.

Terminal terbabit mampu menampung sehingga 700 perjalanan bas sehari, membabitkan kira-kira 25,000 penumpang.-29/9/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button