TAHUKAH ANDA

Sekatan peminjam PTPTN ke luar negara langkah wajar

Pelaksanaan sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang berkemampuan tetapi gagal membayar balik pinjaman merupakan langkah wajar bagi memastikan mereka menunaikan tanggungjawab kewangan.

Penganalisis politik Profesor Madya Dr Mazlan Ali berkata, langkah ini bertujuan memastikan mereka yang berjaya hasil daripada bantuan PTPTN lebih bertanggungjawab melangsaikan hutang mereka.

“Ada di antara mereka berpendapatan tinggi dan mampu membayar, tetapi memilih untuk tidak membayar balik pinjaman.

“Jika mereka yang mendapat manfaat besar seperti bekerja di luar negara dengan pendapatan besar, mereka mampu membayar semula pinjaman bagi mengurangkan beban kerajaan dan memberi peluang kepada orang lain yang lebih memerlukan,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak, baru-baru ini.

Beliau turut mengulas mengenai komitmen kerajaan memberi pendidikan percuma PTPTN melibatkan 5,800 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

“Langkah ini mencerminkan dasar prihatin kerajaan kepada golongan kurang berkemampuan serta menjadi satu bentuk sosial yang adil dalam merapatkan jurang sosial.

“Usaha ini merupakan satu bentuk pendemokrasian pendidikan yang menunjukkan iltizam tinggi kerajaan memberi peluang pendidikan tinggi kepada semua rakyat tanpa mengira perbezaan kelas dan latar sosial,” ujarnya.-13/10/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button