Khabar gembira untuk pemandu e-hailing…kini dapat 600 liter RON95 sebulan
Seramai lebih 53,900 pemandu e-hailing sepenuh masa mendapat khabar gembira pada Isnin.
Mereka layak menerima siling penggunaan Budi Madani RON95 (BUDI95) sebanyak 600 liter sebulan.
Ini adalah kenaikan sekali ganda.
Kenyataan Kementerian Kewangan (MoF) memberitahu kenaikan berkenaan ilakukan hasil semakan silang data bersama Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
Selain itu, lebih 11,400 lagi pemegang lesen memandu kini layak menerima BUDI95.
Mereka terdiri daripada pemandu yang baru mendapat lesen (11,200) dan pemandu yang telah memperbaharui lesen (260), menjadikan lebih 16 juta rakyat Malaysia menerima manfaat BUDI95.
Pada masa sama, BUDI95 kini diperluaskan kepada pengguna bot berdaftar di Sarawak bagi memastikan sistem bersasar subsidi itu memberi manfaat secara menyeluruh.
“MoF telah mengaktifkan kelayakan BUDI95 kepada lebih 1,400 pengguna bot persendirian berdaftar berdasarkan data yang diperoleh daripada daripada Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dan agensi kerajaan negeri tersebut,”katanya
Tambah kenyataan itu, kerajaan Madani kekal komited memastikan program subsidi bersasar itu berjalan dengan lancar, telus dan memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.- 13/10/2025



