KEMBARA

11 lagi warga asing ditolak masuk ke Malaysia

Jangan cuba-cuba… sebelas warga asing termasuk dua wanita yang disyaki bukan pelancong tulen ditolak daripada memasuki negara ini, semalam.

Penolakan masuk itu dilakukan Agensi Kawalan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam di Kompleks Imigresen Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), di sini.

Komandernya, SAC Mohd Nasarudin M. Nasir berkata, warga asing terbabit terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita warga India; dua lelaki warga Korea; masing-masing seorang lelaki warga China dan Thailand; serta seorang wanita warga Sri Lanka.

“Kesemua individu tersebut telah ditolak kemasukan selepas didapati tidak memenuhi syarat kemasukan dan disyaki bukan pelancong tulen.

“Mereka telah diarah berpatah balik ke negara asal masing-masing melalui laluan masuk yang sama,” jelas beliau dalam satu kenyataan.

Beliau turut menegaskan komitmen berterusan AKPS Bukit Kayu Hitam dalam memastikan keselamatan dan integriti sempadan negara sentiasa terpelihara.-13/10/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button