FOKUS

Lawan tauke… BERSATU pecat Wan Saiful, gantung Wan Ahmad Fhysal

Ini gara-gara nak lawan tauke… Dua Ahli Parlimen BERSATU berbeza nasib, sorang dipecat oleh parti manakala sorang lagi digantung sepenggal.

Lembaga Disiplin BERSATU memecat keahlian Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan serta menggantung keahlian Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fhysal Wan Ahmad Kamal selama satu penggal berkuat kuasa semalam berhubung isu akuan bersumpah (SD) yang dikaitkan dengan usaha mendesak pengunduran presiden parti itu sebelum ini.

Menurut kenyataan itu, empat lagi yang dipecat adalah Mohd Azrudin Md Idris dari Bahagian Hang Tuah Jaya, Mohd Faizal Asmar (Pengerang), Mohd Fadhli Ismail (Ipoh Timur) dan Mohd Isa Mohd Saidi (Ampang).

Bagaimanapun katanya, ahli parti BERSATU yang didapati bersalah melanggar disiplin parti dan dijatuhi hukuman adalah berhak untuk mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan untuk pertimbangan dalam tempoh 14 hari.

“Lembaga Disiplin sudah membuat keputusan berdasarkan siasatan yang telah dijalankan serta pertimbangan yang sewajarnya tanpa melibatkan mana-mana campur tangan pihak lain, bebas, dan tidak berat sebelah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Sehubungan itu, lembaga disiplin mengambil tindakan menyiasat aduan dan memanggil responden-responden untuk sesi pendengaran pada 8 Okt dan seterusnya membuat keputusan selaras dengan Fasal 22.5 Perlembagaan Bersatu,” katanya.

Menurut badan itu lagi responden didapati melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu dan kod etika dan tatakelakuan parti.

Semua mereka mempunyai tempoh 14 hari untuk mengemukakan rayuan untuk dipertimbangkan oleh badan tersebut.

“Lembaga disiplin membuat keputusan berdasarkan siasatan yang telah dijalankan serta pertimbangan yang sewajarnya tanpa melibatkan mana-mana campur tangan pihak lain, bebas, dan tidak berat sebelah.

“Lembaga disiplin juga menyeru kepada semua ahli Bersatu supaya mematuhi perlembagaan dan peraturan demi menjaga nama baik parti,” katanya.

Sebelum ini Wan Saiful membuat kejutan apabila mengkritik Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Azmin Ali, serta menjelaskan langkah sesetengah pemimpin parti itu mengumpul akuan berkanun (SD) dalam kalangan ketua-ketua bahagian bukan bertujuan untuk mengetepikan presiden mereka, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dia yang juga bekas ketua penerangan Bersatu mendakwa naratif tersebut diputar belit oleh pihak tertentu.

Pada 8 Okt lalu selepas dipanggil menghadap Lembaga Disipin Bersatu, Wan Saiful sempat memberi amaran bahawa mungkin akan ada reaksi yang tidak diingini parti jika dia dan pemimpin lain terus “ditekan”.

Wan Saiful juga memberi bayangan yang dia memiliki banyak maklumat dalaman parti, termasuk hubungan yang dibuat pemimpin tertentu dengan parti lawan – atau parti dalam kerajaan – untuk berbincang sesuatu.

Tidak cukup dengan itu, Wan Saiful, 50, juga mendakwa mereka tahu ada individu dalam Bersatu yang memperoleh wang sehingga berjuta-juta ringgit daripada pihak lain.

“Tapi kita tak dedahkan setakat ini, cuma janganlah ‘tolak’ kuat sangat sebab takut nanti ada reaksi,” katanya.

Untuk rekod, Wan Ahmad Fayhsal turut dipanggil – dan hadir – pada sesi memberi keterangan di hadapan Lembaga Displin Bersatu pada 8 Okt lalu namun slot untuk bekas ketua pemuda parti itu ditangguhkan.

Wan Ahmad Fayhsal mendakwa sesi berkenaan tidak dipersetujuinya untuk diteruskan kerana wujud konflik kepentingan dalam kalangan panel lembaga disiplin.

“Saya telah hadir dan berdepan dengan lembaga disiplin yang dipengerusikan oleh Datuk Mohammed Radzi Abdul Manan yang merupakan bapa mentua kepada Datuk Seri Faizal Azumu, dan juga bapa kepada salah seorang ahli majlis pimpinan tertinggi parti,” katanya.-14/10/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button