FOKUS

PM jelaskan mengapa Malaysia tidak dijemput ke Sidang Kemuncak Keamanan Gaza di Mesir

Kalau rajin pasang telinga kita boleh dengar sosek yang persoalkan mengapa Malaysia tidak dijemput ke sidang kemuncak antarabangsa keamanan Gaza di Sharm el-Sheikh,Mesir pada Isnin semalam.

Ini kerana semua orang tahu Malaysia sudah sekian lama turut main peranan besar pasal Gaza dan rakyat Palestin.

Sidang antarabangsa itu menghimpunkan lebih 20 pemimpin dunia termasuk Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi selaku tuan rumah.

Ia bertujuan mencari perdamaian bersepadu di Gaza selepas wilayah terbabit mengalami perang sejak dua tahun lalu.

Kebetulan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat pagi Selasa.

Beliau menjelaskan sidang kemuncak antarabangsa berkenaan adalah anjuran AS, justeru hanya negara yang menyokong penuh pelan 20 perkara Presiden Donald Trump sahaja diajak menyertainya

Katanya Malaysia tidak dijemput selepas Putrajaya memutuskan untuk memberi sokongan bersyarat kepada pelan damai dibawa Presiden Amerika itu.

“Antara syarat yang kita tetapkan (oleh Malaysia) termasuklah mesti bawa balik rakyat Palestin yang diusir keluar sebelum ini, dan beberapa syarat terkait hak Palestin untuk wujud sebagai sebuah negara.

“Syarat-syarat ini tidak termasuk dalam 20 perkara (yang ditetapkan oleh Trump),” katanya.

Menurutnya Malaysia juga menetapkan beberapa syarat lain termasuk terkait kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis serta tindakan penjajahan ke atas Tebing Barat.- 14/

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button