SUARA PEMBACA

Permohonan BUDI95 untuk rakyat Malaysia pemegang lesen memandu Singapura dibuka esok

Kementerian Pengangkutan akan membuka permohonan khas subsidi Budi MADANI RON95 (BUDI95) bagi rakyat Malaysia yang bekerja dan memiliki lesen memandu Singapura (LMS) mulai esok (16 Okt).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, langkah itu diambil bagi membantu kumpulan pemandu bas, pemandu perkhidmatan sokongan dan pekerja operasi yang terpaksa menukar lesen memandu Malaysia kepada LMS bagi mematuhi peraturan di republik tersebut.

Menurutnya, berdasarkan peraturan antara Malaysia dan Singapura, seseorang hanya dibenarkan memiliki satu lesen memandu aktif iaitu sama ada lesen Malaysia atau lesen Singapura.

“Permohonan akan dipertimbangkan dengan syarat pemohon ialah warganegara Malaysia, mempunyai LMS yang masih sah tempoh, dan bekerja di Singapura,” katanya pada sidang media di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, Anthony berkata, pertimbangan akhir ke atas setiap permohonan adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan berdasarkan semua syarat ditetapkan di bawah program Budi MADANI (BUDI95)

“Jika mereka memandu kenderaan bernombor pendaftaran Malaysia, mereka layak menikmati RON95. Tetapi jika menggunakan kenderaan berdaftar di Singapura, mereka tidak layak,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, bagi warganegara yang mempunyai LMS tetapi tidak lagi bekerja di Singapura, mereka boleh memohon semula Lesen Memandu Malaysia (LMM) dengan terlebih dahulu membatalkan LMS melalui prosedur sedia ada di Singapura.-15/10/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button