
PM hurai sebab belanja RM600 juta bagi pemuliharaan bangunan warisan di KL termasuk Carcosa Seri Negara…
Mendengar jumlah RM600 juta sudah tentu mendorong pihak tertentu termasuk pembangkang persoal apa sebabnya kerajaan nak belanja wang sebanyak itu untuk pemuliharaan bangunan warisan di Kuala Lumpur termasuk Carcosa Seri Negara.
Perbelanjaan berkenaan disediakan oleh Khazanah Nasional Bhd (Khazanah).
Bercakap selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan bagi bulan Oktober pada Rabu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan pelaburan RM600 juta Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) itu.
Baginya pemuliharaan bangunan warisan di Kuala Lumpur termasuk Carcosa Seri Negara mempamerkan kepentingan sejarah dan identiti nasional.
Sebaliknya Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2026 di Dewan Rakyat tidak setuju an personal Langkah berkenaan.
Beliau menyifatkan langkah itu ‘melencong’ daripada tujuan dan peranan sebenar penubuhan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) yang sepatutnya mengukuhkan daya tahan ekonomi serta menjana pulangan jangka panjang untuk rakyat.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata bangunan bersejarah itu bukan sekadar peninggalan era silam, sebaliknya simbol warisan Raja-Raja Melayu serta perjalanan negara menuju kemerdekaan.
“Isu Carcosa ini dibangkitkan…masalahnya, kadang-kadang pembangkang tidak membaca. Ini (Carcosa) ialah warisan. Saya bangga dengan sejarah saya, saya bangga dengan bangunan Carcosa sebagai warisan Raja-Raja Melayu yang mempunyai peranan tersendiri.
“Kuala Lumpur perlu dikenali sebagai sebuah kota moden dari segi teknologi dan segar budayanya. Apabila kita mula melabur di situ, ia akan menarik pelaburan lain untuk berkembang di sekitarnya,” katanya.
selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan bagi bulan Oktober di sini, hari ini.
Sebelum ini, Ketua Pembangkang mempersoal langkah kerajaan mengumumkan pelaburan RM600 juta daripada Khazanah untuk kerja-kerja membaik pulih bangunan bersejarah, Carcosa Seri Negara.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, nilai RM600 juta terbabit bukan wang kebajikan sebaliknya adalah untuk menjaga kepentingan sejarah dan usaha itu amat disenangi Sultan Selangor kerana membabitkan pemuliharaan bangunan Sultan Abdul Samad.
“Saya sebut di sini warisan ini kerana soal sejarah dan budaya kita. Melayu kemudian kita rangkul kekuatan kaum-kaum, Melayu terutama Cina, India dan sebab itu, kalau lihat pelan Carcosa Seri Negara itu, setiap biliknya bawa gambaran dan mempamerkan kekuatan budaya kita, segala suku kaum, hasil dalam negeri ini juga satu tarikan kepada pelancong.
“Dan kalau tahu sejarah Carcosa Seri Negara ini, Carcosa itu dianggap bangunan paling hebat, atas bukit di Kuala Lumpur.
Carcosa Seri negara ini simbol kemegahan dan bangunan kebanggaan Kuala Lumpur kerana (menjadi) mercu di atas (bukit),” katanya. – 15 Oktober, 2025