Uncategorized

Lagi kes rogol di sekolah… kali ni di Baling Kedah

Lagi kes rogol di sekolah terbongkar selepas empat remaja termasuk tiga pelajar sebuah sekolah dalam daerah ini, ditahan polis kerana disyaki terbabit rogol secara berkumpulan dan menyebarkan bahan lucah di media sosial.

Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Ahmad Salimi Mat Ali berkata, polis menerima satu laporan daripada seorang pengadu berusia 53 tahun pada Ahad lalu, kira-kira jam 11 pagi, selepas dia dimaklumkan guru disiplin berkaitan penularan rakaman video anaknya berbogel.

Susulan itu, tiga pelajar sekolah berkenaan dan seorang lagi bekas pelajar sekolah sama, ditahan pada jam 9.30 malam pada hari sama untuk membantu siasatan.

“Hasil siasatan lanjut mendapati, empat suspek terbabit didapati melakukan seks termasuk secara berkumpulan pada Mei hingga Ogos lalu di beberapa lokasi dalam kelas sekolah berkenaan.

“Berikutan itu, semua suspek ditahan dan direman lima hari mulai tarikh mereka ditangkap dan merampas enam telefon bimbit untuk siasatan lanjut,” katanya.

Ahmad Salimi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana rogol berkumpulan dan menghantar pornografi kanak-kanak.

Katanya, polis memandang serius kejadian ini dan meminta orang ramai terutama ibu bapa dan penjaga supaya memantau kegiatan dan pergerakan anak-anak terutamanya dalam kalangan remaja.

Sebelum ini, negara dikejutkan dengan penahanan lima remaja berikutan kes rogol dalam sekolah di Alor Gajah Melaka.-16/10/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button