TAHUKAH ANDA

Jangan sebar gambar mangsa kes tikam di Bandar Utama — MCMC

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengingatkan orang ramai untuk tidak memuat naik gambar mangsa kes tikaman di sekolah dekat Bandar Utama, Selangor demi menjaga privasi keluarga.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu, MCMC mengingatkan agar orang ramai yang sudah memuat naik ke media sosial untuk memadamnya.

Hal ini kerana, tindakan tersebut adalah salah di sisi undang-undang negara.

“MCMC menggesa semua pihak agar bertindak dengan penuh tanggungjawab dan tidak berkongsi, menghantar semula atau memuat naik sebarang kandungan, termasuk gambar atau video, yang memaparkan mangsa, pelajar lain, atau lokasi kejadian.

“Sekiranya kandungan sedemikian telah dimuat naik, orang ramai dinasihatkan supaya segera memadamkannya.

“MCMC turut mengingatkan bahawa tindakan undang-undang boleh diambil terhadap individu yang mengedarkan kandungan sedemikian di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588),” kata MCMC

MCMC mengingatkan yang perbuatan tersebut bukan saja menganggu privasi keluarga malah turut berpotensi mempengaruhi siasatan polis.

Pada Selasa, seorang pelajar perempuan tingkatan empat maut ditikam pelajar lelaki tingkatan dua sebuah sekolah di Bandar Utama, Selangor.-16/10/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button