
Murray Hunter ‘kantoi’ kes saman MCMC
Ibarat sudah terang lagi bersuluh…pengulas politik asal Australia, Murray Victor Hunter boleh nampak sendiri padah dari tindak tanduknya menerbitkan beberapa artikel antara April hingga November 2024 yang mengandungi kenyataan palsu serta berunsur fitnah terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Mahkamah Tinggi Shah Alam Rabu,semalam membuat keputusan dia melakukan fitnah dalam saman sivil yang difailkan MCMC.
MCMC dalam kenyataan pada Khamis menilai penghakiman itu memperkuatkan lagi hakikat bahawa ketika setiap individu bebas menyuarakan pandangan ia harus dilaksana dengan penuh tanggongjawab dan tidak langgar undang undang.
Kebebasan bersuara tidak boleh digunakan sebagai alasan untuk menyebarkan tuduhan palsu atau berniat jahat, terutama yang boleh mencemarkan reputasi pihak lain.
Katanya artikel-artikel yang diterbitkan mengandongi dakwaan yang serius dan tidak berasas serta apa yang boleh memesong pandangan orangramai dan menjejaskan reputasi suruhanjaya itu.
MCMC menjelaskan bahawa tindakan undang-undang yang diambil bukan sekadar untuk mempertahankan nama baik agensi itu, tetapi juga bagi menegakkan prinsip akauntabiliti dan integriti dalam ekosistem komunikasi digital negara.
Setakat ini, jumlah ganti rugi yang diperintahkan oleh mahkamah belum lagi diumumkan.- 16/10/2025