SUARA PEMBACA

NADI MCMC dinobat Juara Perkhidmatan Terbaik 

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), inisiatif di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), muncul juara apabila dinobat sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Terbaik pada Program Madani Rakyat (PMR) Melaka 2025 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.

Pengiktirafan itu sekali gus mengukuhkan peranan NADI sebagai platform rakyat dalam memperkasa kemahiran digital, akses teknologi dan maklumat di seluruh negara.

Antara tarikan utama reruai NADI ialah pameran dron, demonstrasi realiti maya (VR), aktiviti robotik dan STEM melalui modul Tiny Techies, serta pemeriksaan kesihatan jantung berasaskan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang mendapat sambutan hangat pengunjung.

“Selain itu, Kempen Internet Selamat (KIS) dan pertandingan e-Sukan NADI MADANI seperti Mobile Legends dan e-Football turut menarik penyertaan aktif golongan belia.

“Manakala Perkhidmatan Pintar NADI menumpukan lima bidang utama antaranya keusahawanan, pembelajaran sepanjang hayat, kesejahteraan kendiri, kesedaran dan inisiatif kerajaan,” menurut kenyataan MCMC hari ini.

Sepanjang siri PMR 2025, lebih 10,000 ahli baharu NADI telah berdaftar dan lebih 15,000 pengunjung menyertai pelbagai aktiviti interaktif di reruai NADI di seluruh negara.

Anugerah berprestij itu disampaikan oleh Pengarah Seksyen Program Strategik, Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) Jabatan Perdana Menteri, Mohd Zainuddin Mohd Noor, kepada Ketua Pejabat NADI MCMC, Mohd Arif Adenan.

Lebih membanggakan, inisiatif NADI turut mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila memenangi kategori Capacity Building di World Summit on the Information Society (WSIS) Prizes 2025 di Geneva, Julai lalu.

Katanya, pengiktirafan itu merupakan peranan pusat maklumat komuniti di Pulau Banggi, Sabah, yang berjaya memperkasa penduduk luar bandar dalam arus teknologi digital.

Kini terdapat 1,099 pusat NADI di seluruh negara dengan keahlian melebihi 1.8 juta orang.

Ini sejajar aspirasi “1 DUN 1 NADI” yang digerakkan MCMC bagi memperluas capaian maklumat serta memperkukuh komuniti digital di setiap kawasan.-21/10/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button