FOKUS

Pemberian khas Sabah meningkat dua kali ganda, tertinggi pernah direkodkan – PM

Kerajaan Madani menunjukkan komitmen berterusan untuk menambah baik kemakmuran Sabah dengan meningkatkan Pemberian Khas Persekutuan kepada negeri itu sebanyak dua kali ganda kepada RM600 juta pada 2025, menjadikannya kadar tertinggi pernah direkodkan setakat ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembayaran penuh RM600 juta telah disalurkan pada 10 September lepas, hasil persetujuan antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sabah selepas kajian semula dilaksanakan mengikut Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.

“Kadar pemberian khas yang dinaikkan kepada RM600 juta adalah bersifat interim, sementara kedua-dua kerajaan sedang merumuskan kaedah baharu bagi menentukan perkiraan pemberian khas pada masa depan,” katanya pada sesi penerangan mengenai Pendirian Kerajaan Madani berhubung Pemberian Khas Persekutuan kepada Sabah di Dewan Rakyat pada Rabu.

Anwar berkata, kajian semula kadar pemberian khas dilaksanakan secara berkala dan diwartakan pada 2022, 2023 dan 2025, mengambil kira kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan serta keperluan menampung kos perkhidmatan di Sabah.

Sebelum ini, kadar pemberian khas kekal RM26.7 juta sejak 1969 sebelum meningkat kepada RM53.4 juta pada 2019, RM125.6 juta pada 2022 dan RM300 juta pada 2023.- 22/10/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button