YANG VIRAL

Remaja didakwa bunuh pelajar perempuan di sekolah Bandar Utama

Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun dari sebuah sekolah menengah di Bandar Utama didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pagi ini, atas pertuduhan membunuh seorang pelajar perempuan.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amira Sariaty Zainal, namun tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Pertuduhan itu difailkan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurut kertas pertuduhan, remaja itu dituduh menikam pelajar perempuan berusia 16 tahun sehingga mati di tandas pelajar perempuan di sekolah di Bandar Utama 4, pada 14 Oktober, antara jam 9.20 pagi dan 9.35 pagi.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara maksimum 40 tahun dan sebatan minimum 12 kali.

Mahkamah menetapkan 21 November ini untuk sebutan semula kes

Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, Aqharie Durranie Aziz, dan Nur Sabrina Zubairi mengendalikan pendakwaan.

Tertuduh diwakili peguam Anwar Ezzad Zainal.

Sebelum itu, tertuduh yang tiba dengan van polis pada kira-kira jam 8.30 pagi, diiringi masuk ke kompleks mahkamah melalui laluan alternatif.

Difahamkan, ia bertujuan mengelak petugas media yang sedia menunggu di lobi kompleks mahkamah berkenaan.-22/10/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button