KEMBARA

Muzium Louvre yang dirompak kini dibuka semula untuk orang ramai

Orang kata, tak sampai ke Paris jika tak melawat Muzium Louvre… antara muzium yang dengan karya agung paling bernilai di dunia termasuk lukisan Monalisa.

Tapi baru-baru ini, muzium tersebut ditutup tiga hari selepas kecurian barang kemas diraja amat bernilai.

Lapan barang kemas diraja bernilai tinggi dicuri dari Muzium Louvre, dalam rompakan terancang yang hanya memerlukan masa tujuh minit sahaja pada Ahad pagi.

Insiden itu mencetuskan kemarahan awam dan persoalan mengenai tahap keselamatan di muzium-muzium Perancis.

Menurut pihak berkuasa, sekumpulan penyamun menggunakan trak dengan tangga boleh laras untuk memasuki Galeri Apollo, lokasi koleksi diraja dan memecah cermin pameran untuk melarikan barangan.

Seorang daripada barang yang dicuri, mahkota Permaisuri Eugenie, terjatuh dan rosak semasa melarikan diri.

Senarai barangan termasuk kalung zamrud dan berlian hadiah Napoleon kepada Permaisuri Marie-Louise, diadem Permaisuri Eugenie dengan hampir 2,000 berlian dan kalung milik Marie-Amelie, ratu terakhir Perancis.

Khazanah hilang dari Muzium Louvre dianggarkan bernilai lebih AS$100 juta (kira-kira RM480 juta), kata Pendakwa Raya Paris, Laure Beccuau.

Ini adalah kecurian pertama di Louvre sejak 1998 dan berlaku selepas beberapa kejadian kecurian lain di muzium Perancis bulan lalu, termasuk di Muzium Sejarah Semula Jadi Paris dan muzium di Limoges.

Politik turut terkesan, pemimpin parti National Rally, Jordan Bardella, menggelar kejadian itu sebagai “penghinaan tidak tertanggung” bagi negara manakala Presiden Emmanuel Macron menegaskan usaha sedang dijalankan untuk menangkap pencuri dan memulihkan barangan diraja tersebut.

Menurut laporan media, Muzium Louvre membuka semula pintunya kepada pengunjung hari ini, tiga hari selepas ia ditutup, seawal jam 9 pagi, masa operasi biasa muzium, kumpulan pertama pelawat mula memasuki institusi terkenal dunia itu.

Bagaimanapun, Galeri Apollo iaitu lokasi kejadian kecurian pada Ahad lalu masih ditutup kepada orang ramai.-23/10/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button