YANG VIRAL

Trump goyang badan ikut rentak musik tradisional di majlis sambutan di KLIA

Majlis sambutan ketibaan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 9.45 pagi Ahad mencuri perhatian ramai.

Beliau yang tiba dengan pesawat Air Force One untuk hadir sidang kemucak ASEAN disambut sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden Amerika itu nampak cukup ceria sepanjang majlis sambutan yang diserikan persembahan tarian kebudayaan negara.

Beliau telah mengoyangkan badan ikut irama muzik dan disertai oleh Anwar.

Setelah bersalaman dengan orang kenamaan di situ Trump telah menjemput Anwar naik kenderaan rasmi Presiden Amerika ” The Beast” yang dibawa ke sini dari Washington.

Ia dianggap lambang hubungan akrab Malaysia dan Amerika.

Ini lawatan pertama Trump ke Asia Tenggara sejak kembali memegang jawatan Presiden ke-47 Amerika pada Januari.

Beliau akan berlepas untuk lawatan sehari ke Jepun pada Isnin dan kemudian hadiri sidang Apec di Korea Selatan.

Sementara itu menerusi satu kenyataan,Anwar telah menyifatkan lawatan ini sebagai satu pencapaian diplomatik.

“Kedatangan Presiden Trump bukan sahaja memartabatkan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN, malah mencerminkan penglibatan semula AS yang lebih bermakna dengan Asia Tenggara,” katanya.

Selain menghadiri sidang kemuncak, Trump dan Anwar dijadualkan mengadakan pertemuan dua hala bagi membincangkan usaha memperkukuh kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, dan keselamatan.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 ini merupakan acara terakhir pengerusian Malaysia sebelum beralih kepada Filipina.-26/10/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button