SUARA PEMBACA

Penjawat awam tunjang pembangunan negara – Fahmi

Penjawat awam kekal sebagai tunjang pembangunan negara dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat meskipun dunia semakin kompleks dan berdepan pelbagai cabaran, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata, nilai amanah, kejujuran dan keikhlasan perlu terus menjadi asas dalam perkhidmatan awam, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan keseimbangan antara kecekapan dan perikemanusiaan.

“Menjadi penjawat awam bukan sekadar pekerjaan, tetapi satu amanah dan panggilan untuk berkhidmat dengan penuh tanggungjawab,” katanya ketika berucap pada Majlis Jasamu Dikenang 2025 di Menara Komunikasi di sini hari ini.

Majlis berkenaan meraikan seramai 141 pesara Kementerian Komunikasi serta jabatan dan agensi di bawahnya sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan sumbangan mereka.

Fahmi turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan atas pelbagai inisiatif kebajikan untuk penjawat awam, termasuk kenaikan skim saraan terbesar dalam sejarah negara bernilai RM10 bilion tahun ini dan RM18 bilion tahun depan, serta Bantuan Khas Kewangan (BKK) kepada penjawat awam dan pesara menjelang Aidilfitri.

“Walaupun tanggungjawab rasmi telah berakhir, legasi pesara akan terus menjadi cahaya yang membimbing generasi baharu,” katanya lagi.-29/10/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button