FOKUS

Nga Kor Ming akhirnya mohon maaf kepada media…ajak ‘move on’

Setelah empat hari berlalu selepas buat gelagat yang menguris hati para wartawan di sidang akhbar program ‘I Lite U’ di Kuala Lumpur pada 29 Oktober,Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,Nga Kor Ming akhirnya ‘angkat bendera putih’.

Naib Pengerusi DAP itu tampil memohon maaf secara terbuka kepada pengamal media terhadap insiden beliau menegur dan komplen soalan dari wartawan Utusan mengenai pengunaan bahasa Ingeris pada tema program pencahayaan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur untuk menarik pelancong anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Dalam kejadian itu beliau bukan saja tunjuk sikap kurang senang dengan soalan wartawan berkenaan malah kata akan hubungi ketua pengarang Utusan.

Ini mencetuskan adaian seolah beliau cuba ‘mengugut’ dan menakutkan kalangan wartawan.

Beliau membuat permohonan maaf dan tarik balik kenyataan yang cetus protes dikalangan pelbagai pihak khususnya golongan wartawan selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Padang Madani Taman Boon Bak di Ipoh pada Ahad.

Sebelum itu pada sebelah pagi beliau menulis di laman facebooknya seolah cuba merawat krisisnya dengan pihak media.( lihat berita dibawah)

Ketika bercakap kepada wartawan di Ipoh Jor Ming berkata, sebagai seorang yang menghormati kebebasan media dan kebebasan bersuara, teguran yang diterima akan dijadikan pengajaran supaya fokus utama dapat dikembalikan kepada usaha membina negara.

“Saya menerima dengan hati terbuka segala teguran. Sekiranya ada rakan-rakan media yang terasa atau terkilan dengan kata-kata saya, saya tarik balik dan mohon maaf.

“Saya mahu kita semua terus fokus kepada usaha membina semula tanah air tercinta ini,” katanya.

Menurutnya, sepanjang hampir 30 tahun dalam dunia politik, beliau sentiasa menghormati pengamal media yang berperanan penting dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat.

“Saya tegaskan, mereka yang mengenali saya tahu bahawa saya amat menghormati media. Jadi, saya berharap isu ini tidak diperbesarkan lagi dan kita semua boleh terus ‘move on’ untuk memartabatkan negara,” katanya. -2/11/2025

DI BAWAH ADALAH BERITA SEBELUM INI MENGENAI ISU BERKENAAN:

Nga Kor Ming cuba rawat luka krisis dengan wartawan…

Kalau rajin pasang telinga atau selak sana sini di media sosial sudah berlegar suara suara agar kalangan wartawan boikot malam media anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada malam 17 November ini.

Bayangkan suasana dalam dewan majlis pada malam itu jika tidak ramai orang media yang hadir.

Bukan sahaja suasananya suram tetapi ia juga pasti conteng arang pada KPKT.

Samada ia akan berlaku atau tidak belum dapat dipastikan setakat ini.

Namun mood ‘on the ground’ dikalangan orang media masih panas terhadap insiden Menteri KPKT Nga Nor Ming ‘ tegur’ dan komplen pasal soalan wartawan Utusan pada sidang media 29 Oktober.

Setelah empat hari berlalu… setakat berita ini dituilis pada hari ini …Kor Ming belum membuat sebarang kenyataan mohon maaf secara terbuka atas insiden soalan pasal isu bahasa tema projek pelancongan ‘I Lite U’.

Dalam ulasan sebelum ini beliau masih mempertahankan pihak yang menjawab soalan juga wajar diberikan ruang untuk memberi maklum balas kepada setiap persoalan yang diajukan.

Apapun pada Ahad…beliau nampak seolah cuba merawat luka kontroversi itu menerusi satu tulisan di laman facebooknya.

Ahli Parlimen Teluk Intan dan Naib Pengerusi DAP itu tidak sebut minta maaf tetapi menyatakan kesediaan untuk bertemu dengan pihak media yang terlibat dalam masa terdekat bagi menyelesaikan isu berkenaan secara baik dan berhemah.

“Saya dengan rendah hati sudi untuk berjumpa dengan pihak media yang terlibat dalam masa terdekat supaya perkara ini dapat diselesaikan dengan baik dan teratur,” katanya.

Menurut Kor Mong beliau menerima dengan hati terbuka teguran berhubung insiden yang berlaku ketika sidang media berkenaan.

Katanya kekhilafan yang berlaku akan dijadikan pengajaran dan menegaskan komitmennya untuk terus menghormati kebebasan media di negara ini.

“Sebagai pemimpin, saya tidak pernah berniat menyinggung mana-mana pihak terutamanya wartawan yang menjadi tunggak informasi Kerajaan Madani,” katanya.

Dalam masa sama, Kor Ming turut menzahirkan penghargaan kepada pengamal media atas sokongan mereka dalam usaha menyampaikan inisiatif KPKT kepada rakyat.

Setakat ini pelbagai kenyataan menegur Menteri itu terhadap tindak tanduknya semasa sidang akhbar berkenaan dibuat oleh kalangan wartawan dan persatuan wartawan.

Teguran sama bergema dikalangan orang politik serta NGO.

Penganjuran malam media adalah acara tahunan bagi kebanyakan kementerian bagi meraikan wartawan dalam usaha menjalin hubungan akrab antara kedua pihak.

Kebelakangan ini belum ada insiden serius dimana pihak media telah boikot secara terbuka majlis seumpama itu.

Malam media KPKT kali ini ialah Majlis Makan Malam Anugerah Kecemerlangan Media (AKeMedia) 2025.Ia akan diadakan di Pavilion Hotel, Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan KPKT majlis berkenaan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada rakan-rakan media atas peranan penting dalam memastikan penyampaian maklumat yang berkesan tepat dan sahih kepada rakyat melalui pelbagai saluran.

“KPKT sentiasa menghormati peranan media dalam arus pembangunan negara dan menganggap media sebagai rakan strategik kementerian,” katanya.

Sebanyak lapan kategori utama dipertandingkan tahun ini antaranya Anugerah Khas Menteri, Anugerah Penyiaran Televisyen Terbaik dan Anugerah Video Portal/Dalam Talian Terbaik.

“Selain itu turut dipertandingkan Anugerah Penyiaran Radio Terbaik, Anugerah Penerbitan Artikel Terbaik, Anugerah Kewartawanan Foto Terbaik, Anugerah Kandungan Media Sosial Terbaik dan Anugerah Influencer Terbaik,” katanya lagi. -2/11/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button