TAHUKAH ANDA

Lebih 413,000 calon duduki SPM 2025 mulai hari ini

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 bermula hari ini, melibatkan 413,372 calon di 3,350 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), seramai 127,526 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan kelancaran urusan sepanjang tempoh peperiksaan berlangsung.

KPM turut memaklumkan pihaknya bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan termasuk bencana atau penularan wabak penyakit, dengan calon yang terkesan diminta segera memaklumkan kepada pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing.

Peperiksaan dijalankan mengikut fasa seperti berikut:

Ujian Bertutur Bahasa Melayu: 3–6 November

Ujian Bertutur Bahasa Inggeris: 10–13 November

Ujian Amali Sains: 17–19 November

Ujian Mendengar Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris: 20 November

Peperiksaan Bertulis: 25 November – 23 Disember

KPM turut menasihati calon agar merujuk jadual waktu peperiksaan bagi memastikan maklumat tepat berkaitan tarikh, waktu, kod dan nama kertas yang diduduki.

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button