Malaysia terima kedatangan pelancong asing teramai di Asean

0
132

PETALING JAYA – Malaysia menjadi negara paling tinggi kedatangan pelancong asing di Asia Tenggara apabila mencatatkan kedatangan seramai 26 juta pelancong pada tahun ini bermula Januari sehingga November lalu.

Jumlah kedatangan tersebut sekali gus meletakkan Malaysia berada di tangga pertama dalam kalangan negara Asean mendapat kedatangan pelancong asing teramai.

Menurut statistik yang dikeluarkan Asean Skyline hari ini, Thailand pula berada di tangga kedua di Asean apabila mencatatkan kehadiran pelancong asing seramai 24.6 juta dalam tempoh yang sama.

Manakala, Singapura pula berada di tangga ke tiga apabila mencatatkan kehadiran seramai 11.3 juta pelancong asing bagi tempoh dari Januari sehingga November 2023.

Indonesia yang mempunyai keluasan paling besar di Asean hanya berada di tangga ke kelima di belakang Vietnam dengan kehadiran 9.9 juta pelancong asing dalam tempoh yang sama.

Dalam pada itu, Myanmar berada di tangga paling bawah dalam kalangan negara Asean apabila hanya mencatatkan 751,000 kedatangan pelancong asing tahun ini. – KOSMO! ONLINE.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here