FOKUS

Anwar tibai balik desakan Dr Mahathir letak jawatan pasal ART…’sudahlah’

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa berkongsi gambar di laman facebooknya beliau berjalan masuk ke Dewan Rakyat dengan diiringi isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah.

“Di setiap langkah, ada tangan yang sentiasa memastikan saya tidak sendirian. Love, Azizah,” tulisnya ringkas yang turut meletakkan emoji love.

Beliau masuk balik kerja setelah dua hari berehat atas nasihat doktor kerana mengalami masalah sakit belakang.

Kerana masalah itu gara gara jadual kerja yang padat beliau telah membatalkan lawatan ke Pahang pada hari Ahad lalu.

Di sidang Dewan Rakyat ketika sesi Waktu Pertanyaan Menteri…Anwar antara lain telah menangkis desakan letak jawatan berhubung perjanjian dagangan Malaysia-Amerika Syarikat (AS) yang ditandatangani baru baru ini..

Ini dipercayai ekoran langkah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama beberapa NGO dan parti politik semalam mengumumkan 12 resolusi bersama bagi menolak perjanjian itu yang mereka dakwa tidak ikut perlembagaan dan jejas kebebasan serta kemerdekaan negara.

“Satu-satunya exit clause yang ada sekarang adalah untuk Anwar dan kabinetnya bertanggungjawab dan meletakkan jawatan,” kata Mahathir pada sidang akhbar.

Tanpa menyebut nama Dr Mahathir….Perdana Menteri dengan lantang menjawab kritikan mereka.

“Nak suruh turun sekali lagi pula? Berapa kali nak suruh turun? Sudahlah,” katanya.

“Ini bukan soal menyerah, soal khianat, soal gadai, soal penjajahan baru…

Perdana Menteri kata “Saya nak sebut di sini isu hangat di sebelah sana, isu perjanjian perdagangan. Terkait bukan sahaja Malaysia, tetapi juga Asean.

“China gergasi ekonomi baru ini masih berunding soal tariff dengan Amerika Syarikat. Kita tidak terkecuali.”

Anwar juga mengingatkan masalah hubungan China-Amerika soal perdagangan itu rundingannya di sini, di Kuala Lumpur.

“Pasukan China dan Amerika tiga hari tiga malam berunding di Kuala Lumpur sebelum pertemuan Presiden Trump dan President Xi Jinping (di Korean Selatan) baru-baru ini… jadi ada juga jasa dan khidmat kita,” katanya.- 4/11/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button